Kisah Naga Melayu di Indonesia Kepulauan Riau
Sebuah Kisah Naga Melayu
Naga Inderapura Sebuah Cerita
Entah siapa empunya ceritera
Di Tasik Chini tinggal Si Naga
Berbadan besar lagi panjang pula
Apakah benar atau rekaan semata
Siapalah yang tahu apakah yang nyata
Di Tasik Chini tinggal Si Naga
Teringat daku suatu kisah di sebuah benua
Terdapat Funan, Juwana dan Kembayat Negara
Asalnya mereka itu bersaudara adanya
Kelak menyusur rakyatnya ke seluruh nusantara
Tatkala negeri ditimpa perang bencana
Negeri Funan, Juwana dan Kembayat Negara
Kesemua mereka panjang kisahnya
Dibicara kini entah dongeng entahlah nyata
Hanya rujukan ceritera rakyat, prasasti dan sejarah China
Selebihnya pula ditambah reka serta teka
Di Funan itu rajanya Si Soma dari Kerajaan Naga
Juwana pula negeri Melayu pada asalnya
Inderapura letaknya di Kembayat Negara
Semuanya itu tanah asal milik Melayu dahulu kala
Sejarahnya panjangnya dikongsi pula
Sebelum terpecah menjadi Vietnam serta Kemboja
Entah bilakah di Tahun Saka
Negeri Kembayat Negara juga dikenali Champa
Bertembung Si Naga Melayu dan Si Naga China
Bertarung mereka gegak gepinta di Inderapura
Banyak korban nyawa tak berdosa
Inderapura habis rosak binasa
Rakyatnya pula banyak menderita
Entah bilakah di Tahun Saka
Di selatannya wujud nama Empayar Langkasuka
Datangnya nanti Si Naga Inderapura merawat luka
Tepian Tasik Chini berkumpul bersama rakyatnya
Bertapa menajam ilmu di Kota Gelanggi nama tempatnya
Membina negara kota buat sementara
Untuk rakyatnya sebagai pengubat derita
Bila tiba masanya ke Inderapura kembali semula
Menuntut hak atau menentang Si Naga China
Mendapatkan Inderapura kembali ke dalam Kembayat Negara
Di Empayar Langkasuka pula timbul cerita
Kononnya Inderapura itulah Pahang Lama
Di Tasik Chini tinggalnya Si Naga
Berbagai sumpahan dengan istana
Dikait pula dengan rajanya
Jadilah sebuah ceritera sang penglipur lara
Adatnya Melayu berkias bicara
Daulat dan maruah sangat dijaga
Apatah lagi rahsia utama berkait nyawa
Lalu dicerita Naga dari Inderapura
Di Tasik Chini duduk tempatnya
Tiba masanya keluarlah dia
Usah ditunggu atau dicari takkan jumpa
Kerana di Tasik Chini alamnya tiada nyata
Di alam ghaiblah dia permudah kata
Usahlah dipercaya dongeng ku ini
Atau khianati sejarah bangsa sendiri
Tiada titik hitam di dalam hati
Cuma yang benar itulah harus diteladani…
Pabila Tahun Saka tiada lagi dikira
Zaman moden diperkira pada masanya
Kisah Naga Tasik Chini masih lagi dipercaya
Timbul pula bukti si Kapak Tua
Gendang Dong Song dijumpa sama
Bukti datang Si Naga ditahun Saka
Ke Tasik Chini merawat luka
Akibat cedera diserang Si Naga China
Tidak ada komentar:
Posting Komentar